video

Foto

Waktu Solat

KALENDER

Followers

Selasa, 1 Disember 2009

Bangunan Pentadbiran

Kerajaan Negeri Tumpu Bangun Negeri, Bela Rakyat - Dr. Md. Isa Sabu

Walaupun hanya setahun lebih mendapat mandat mentadbir kerajaan negeri selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu, namun kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu dan rakan-rakannya dalam pentadbiran memberi perhatian serius kearah membangunkan negeri dan membela nasib serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Ini terbukti dari apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar semasa menyembahkan ucapan taat setia dan tahniah daripada kerajaan negeri dan rakyat Perlis sempena ulangtahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke-66 di Balairong Seri, Istana Arau.

Menteri Besar memaklumkan mengenai kedudukan kewangan negeri Perlis sehingga 31 Mac 2009. Menurutnya, jumlah kutipan hasil setakat bulan Mac adalah sebanyak RM8,169,839. Perbelanjaan mengurus sehingga Mac pula sebanyak RM6,004,226. Oleh itu baki kewangan negeri Perlis pada bulan Mac adalah sebanyak RM2,159,612. Kerajaan negeri menganggarkan pada tahun 2009, perbelanjaan mengurus keseluruhan adalah sebanyak RM 146,049,960. Anggaran hasil yang bakal diperolehi oleh kerajaan negeri pula adalah sebanyak RM62 juta.

Menteri Besar berkata, “ kerajaan negeri telah merangka beberapa projek bagi meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk di negeri ini. Beberapa projek telah dijalankan di seluruh negeri bagi memastikan setiap kawasan mendapat pembangunan yang seimbang dari segi infrastruktur. Antara projek yang sedang dalam pembangunan ialah projek Perlis Halal Park di Padang Besar yang akan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan setempat yang menjalankan aktiviti pengumpulan, pembungkusan dan pelabelan, penyimpanan, pemasaran dan penghantaran produk halal.”

Selain itu, bagi membantu usahawan-usahawan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini, kerajaan negeri juga bercadang membina Bengkel (IKS) di Mukim Seriab. Projek yang akan dilaksanakan itu akan menyediakan prasarana bengkel yang lengkap bagi kegunaan usahawan.

Ahad, 6 September 2009

Setiausaha Politik Baru YAB Menteri Besar Perlis

Bekas guru, Azali Abas dilantik sebagai Setiausaha Politik baru kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Md. Isa Sabu. Beliau yang mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar selepas mesyuarat Exco bagi menggantikan Setiausaha Politik sebelum ini, Amier Hassan.

Azali 51, melibatkan diri dalam politik sejak tahun 1980 dan mula dipilih sebagai ketua Pergerakan Pemuda Umno cawangan Sempering, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena pada tahun 1985 diikuti sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kangar mulai tahun 1987. Ketua Penerangan UMNO bahagian Kangar pada tahun 2000 dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha UMNO bahagian tersebut dari tahun 2004 hingga 2007.

Azali melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah s.a.w and berterima kasih kepada Dato’ Seri Dr. Md. Isa atas kepercayaan melantik beliau memegang tugas berkenaan. Dengan segala kepercayaan yang diberikan, beliau akan berusaha menfaatkannya sebaik mungkin amanah yang diberi untuk kesejahteraan negeri demi melicinkan pentadbiran yang diterajui oleh Menteri Besar.

Blog Archive

Pautan Luar Kerajaan Negeri Perlis

Kerajaan Negeri Perlis


Lagu Negeri Perlis

Bendera Negeri Perlis

Peta Negeri Perlis

Jabatan Negeri Perlis